Wednesday, December 19, 2018

BUMBUNG

Bumbung merupakan antara komponen yang penting dalam aspek pembinaan rumah. Tanpa struktur bumbung yang baik, seisi rumah tidak akan mendapatkan perlindungan yang sempurna dari panas dan hujan seterusnya mengakibatkan lebih banyak masalah seperti hakisan cat di dinding, kekotoran di bahagaian dinding serta kulat di bahagian yang bocor. Oleh sebab itu, pembinaan dan kaedah membaiki semula bumbung perlu menitikberatkan beberapa bahagian penting meliputi kerangka bumbung, kekuda bumbung dan terakhir sekali penutup bumbung. Pemilihan ketiga-tiga bahagian ini wajarlah memenuhi aspek seperti saiz yang diingini serta keadaan sedia ada bangunan, nilai estetika dan kos yang mampu disediakan.


Gambar 1: Kehadiran kulat disebabkan oleh bumbung yang bocor.

    Sebagai sebuah syarikat pembinaan yang terlibat dalam kerja-kerja pengubahsuaian dan penyelanggaraan bangunan, kami sering berhadapan dengan masalah bumbung bocor disebabkan oleh struktur bumbung yang kurang curam, atap genting yang teralih, tiada pengunaan cat kalis air yang sempurna dan lain-lain lagi. Justeru itu, sebelum melaksanakan sebarang kerja membaikpulih bumbung, adalah sangat penting utnuk mendapatkan khdimat dari kontraktor yang terlantik oleh badan yang terlibat Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB). Malahan, sekiranya perlu, carilah kontraktor yang boleh menyediakan rekaan tiga dimensi (3D) ataupun lukisan pelan di bahagian yang diingini untuk anda bandingkan adakah anda menikmati hasil yang sama seperti yang dijanjikan dan setimpal dengan bayaran yang akan bayar.

    Sebahagian kerja-kerja membaikpulih bumbung yang pernah kami jalankan di sekitar Nilai seperti membina semula bumbung, mengecat menggunakan cat kalis air dan membetulkan semula perabung.


Gambar 2: Pembinaan semula bumbung selepas sapuan cat kalis air dijalankan.


Gambar 3: Keadaan genting yang akan diubahsemula kedudukannya disebabkan teralih.

    Maka, buatlah sedikit kaji selidik sebelum anda memilih mana mana pihak untuk membina mahupun membaiki serta menyelenggara rumah anda. Sekiranya anda berada di sekitar Nilai dan Sepang serta berminat untuk dapatkan perkhidmatan membaiki bumbung rumah anda, anda boleh terus sahaja berhubung dengan pegawai perkhidmatan pelanggan kami di link yang disediakan di sebelah.





SELAMAT DATANG

Assalammualaikum, salam sejahtera dan selamat datang saya ucapkan kepada semua. 

Kami dari AMDPRO ENGIENEERING SDN. BHD. iaitu sebuah syarikat yang mejnalankan perkhidmatan MEMBAIKPULIH BUMBUNG DAN HAL-HAL BERKAITAN di sekitar NILAI DAN SEPANG. Tujuan utama blog ini dibuat adalah untuk memudahkan urusan mana - mana pihak yang berada di sekitar kawasan yang dimaksudkan untuk mendapatkan perkhidmatan kami.


Gambar 1: Logo syarikat.

Di dalam blog ini, kesemua gambar adalah hak milik syarikat dan mana-mana pihak yang menggunakan mana-mana gambar kami tanpa izin akan diambil tindakan.



ADMIN